Friday, 20 May 2011

HURAIAN SUKATAN PELAJARANKAJIAN TEMPATAN TAHUN 4


PENDAHULUAN

Mata Pelajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah yang terangkum dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh,mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif,sejahtera dan bersemangat patriotik.

Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Mata Pelajaran Kajian Tempatan inidapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal,harmonis serta berketerampilan.

Mata Pelajaran Kajian Tempatan diajar di Tahap  II mulai Tahun 4 hingga Tahun 6. Mata pelajaran inidirancang untuk menjadi saluran utama bagi murid memperoleh pengetahuan, pemahaman asas sertapengalaman hidup yang seimbang dan harmonis sesama manusia dan antara manusia dengan alam persekitarannya. Interaksi ini mewujudkan pelbagai cara hidup masyarakat Malaysia dan memperlihatkan bagaimana mereka berusaha untuk mencapai kesejahteraan hidup. Mata pelajaran ini juga menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik dikalangan murid. 

Kandungan mata pelajaran ini diolah mengikut tiga ruang liput seperti berikut:

Pertama : Keluarga, rumah , jiran dan sekolah.
Kedua : Kawasan tempat tinggal, mukim, daerah / jajahan, bahagian dan negeri.
Ketiga : Negara kita.

Kajian menerusi ruang liput dapat memberikan pengetahuan dan pemahaman kepada murid tentang persekitarannya yang dekat sebelum menjangkau ke kawasan yang lebih jauh.
Setiap ruang liput terdiri daripada beberapa topik untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang perludipelajari murid. Setiap topik mengandungi subtopik-subtopik yang menentukan skop kajian.